Sunday, June 27, 2010

PENGUMUMAN

Read More..

blog t.su mpp utem 08/09 secara rasmi telah tidak beroperasi kerana telah tamat zaman pemerintahanya. sebarang bahan2 yang dipaparkan didalam blog ini adalah terpakai pada waktu sebelum operasi blog ini ditamatkan. sebarang permasalahan yang berlaku hasil daripada bahan2 dari blog ini tidak akan ditanggung sama sekali oleh owner blog.blog ini tidak dilupuskan atas dasar-dasar tertentu.harap maklum.

Thursday, May 21, 2009

Kovensyen Kebangsaan MPP IPTA 2009

Read More..

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA KALI KE-3 2009

Batu Pahat,20 Mei 09- Konvensyen kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA kali ke-3 tahun 2009 telah berlangsung bermula pada 15 hingga 19 Mei 2009 bertempat di Universiti Tun Hussein onn ( UTHM ). sebanyak 20 IPTA dan 3 IPTS ( Unisel,Unitar,Uniten )  telah terlibat yang menghimpunkan semua MPP IPTA seluruh Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi dialog bersama Timbalan Menteri pengajian Tinggi iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang telah berlangsung selama 4 jam dan sebanyak 29 soalan telah ditanya oleh peserta konvensyen kepada timb.menteri KPT.ini bersesuaian dengan dasar yang diperkenalkan oleh timb.menteri KPT iaitu 3M ( menyelami minda muda ) bagi mendekati dan memahami kehidupan mahasiswa di universiti. Terdapat kelainan pengisian konvensyen MPP pada tahun ini iaitu perbentangan kertas kerja yang telah dibuat dan dibentangkan oleh wakil  MPP USM,UDM,UMS ( bidang akademik ) UiTM,UMP,UTM ( bidang kepimpinan ) UPM,USIM,UTHM ( bidang pembangunan sahsiah ) dan UMK,UUM,UKM ( bidang ekonomi & keusahawanan ) serta BaktiSiswa yang telah dijalankan di sekolah-sekolah dan kampung-kampung sekitar batu pahat. selain itu juga diadakan forum yang membincangkan mengenai isu-isu semasa mahasiswa.kemuncak konvensyen ini adalah perbicangan,pembentangan dan penyerahan resolusi yang menyentuh mengenai isu-isu penting mahasiswa kepada wakil KPT. secara keseluruhannya, konvensyen MPP IPTA kali ke-3 2009 ini telah membuka ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa dari seluruh IPTA dalam membincangkan dan menyelesaikan isu-isu semasa kampus dan mahasiswa bagi  meningkatkan taraf & martabat universiti dan mahasiswa IPT malaysia ke persada dunia.

Wednesday, April 15, 2009

KEMPEN EXAM NO FEAR !!!

Read More..





kempen exam no fear telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bagi bertujuan bagi mewujudkan suasana untuk menghadapi peperiksaan akhir semester yang akan bermula awal bulan april sehingga awal bulan mei.ia juga bertujuan bagi memberi kesedaran kepada para mahasiswa mengenai kepentingan peperiksaan dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik di universiti. diharap kempen exam no fear ini dapat memberi sedikit impak kepada mahasiswa dalam menghadapi peperiksaan akhir semester