Saturday, November 8, 2008

MPP DALAM PERLEMBAGAAN UTeM

MPP DALAM PERLEMBAGAAN UNIVERSITI  TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

 MPP DALAM PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Dalam perlembagaan UTeM, bahagian VI, peruntukan Am,seksyen 51 menyatakan sebagai berikut:-

Persatuan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar..read more..



51. (1) Pelajar berdaftar Universiti ,selain pelajar-pelajar luar,hendaklah kesemuanya merupakan suatu badan yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA(”Persatuan”).

(2) Persatuan hendaklah memilih suatu Majlis Perwakilan Pelajar (”MPP”) mengikut cara yang berikut:

(a) pelajar berdaftar setiap fakulti ,sekolah, pusat, akademi dan institut hendaklah memilih melalui undi rahsia dijalankan oleh dekan fakulti atau sekolah , atau ketua pusat ,akademi atau institut,mengikut mana-mana yang berkenaan ,pelajar berdaftar fakulti ,sekolah ,pusat ,akademi dan institut yang berkenan itu yang sama bilangannya untuk menjadi wakil dalam MPP sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor ; dan

(b) keseluruhan pelajar berdaftar hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu,beberapa orang pelajar berdaftar,sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor,untuk menjadi wakil dalam MPP dan bilangan pelajar itu yang dalam apa jua hal,tidak melebihi setengah daripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan (a).

(3) MPP hendaklah memilih daripada kalangan ahlinya seorang MPP hendaklah memilih daripada kalangan ahlinya seorang MPP hendaklah memilih daripada kalangan ahlinya seorang Yang Dipertua,seorang Naib Yang Dipertua,seorang Setiausaha dan seorang Bendahari, yang hanya mereka sahaja yang menjadi pemegang jawatan, melainkan jika dibenarkan selainnya secara bertulis oleh Naib Canselor; pemegang jawatan yang dibenarkan sedemikian oleh Naib Canselor hendaklah dipilih oleh MPP daripada kalangan ahli MPP.

(4) Ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun.

(5) Keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli yang hadir dan mengundi.

(6) MPP boleh dari semasa ke semasa,dengan kelulusan secara bertulis Naib Canselor terlebih dahulu, melantik jawatankuasa as hoc daripada kalangan ahlinya bagi maksud atau tujuan tertentu.

(7) Tiada seorang pelajar pun yang prosiding tatatertib terhadapnya masih belum selesai, ataub yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau kekal menjadi MPP atau seorang pemegang jawatan mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar, melainkan jika dibenarkansecara bertulis oleh Naib Canselor.

(8.) Seseorang pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaannya yang pertama di Universiti bagi kursus pengajian yang diikutinya, atau yang telah gagal atau yang tidak menduduki peperiksaan yang baru berlalu yang diadakan oleh Universiti bagi kursus pengajian yang diikutinya sebaik sebelum mana-mana pemilihan atau pemilihan-pemilihan yang dicadangkan kepada MPP atau oleh MPP atau kepada atau oleh mana-mana pertubuhan atau badan pelajar yang lain,adalah hilang kelayakan untuk dipilih dalam pemilihan atau pemilihan-pemilihan itu.

(9) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang siswazah yang berdaftar sebagai seorang pelajar untuk mendapatkan ijazah yang lebih tinggi atau suatu diploma lepas ijazah daripada menjadi seorang ahli bersekutu Persatuan.

(10) Tujuan dan fungsi Persatuan adalah-

(a) untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan di kalangan pelajar Universiti.

(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, untuk merancang dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan bekalan makanan dan minuman;

(c) untuk membuat representasi kepada Rektor mengenai segala perkara yang berhubungan atau berkaitan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajar Universiti

(d) untuk diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan

(e) untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(11) Perlembagaan Persatuan dan apa-apa pindaan atau pembatalannya hendakalah diluluskan oleh Lembaga dan tidak boleh berkuat kuasa sehingga diluluskan sedemikian.

(12) MPP boleh menyenggara apa-apa kumpulan wang Persatuan yang hendakalah terdiri daripada yuran yang dibayar oleh ahli-ahli Persatuan, dan derma yang diterima daripada orang dan pertubuhan yang dibenarkan oleh Lembaga.

(13) Kumpulan wang Persatuan hendaklah dibelanjakan mengikut subseksyen (14) dan peruntukan perlembagaan Persatuan dan pembayaran daripada kumpulan wang itu tidak boleh dibuat melainkan jika tuntutan bertulis dibuat dan disokong dengan resit dan baucer.

(14) Kumpulan wang Persatuan boleh dibelanjakan untuk membayar kos pentadbiran Pesatuan,termasuk kos mengauditnakaunya, dan apa-apa pembayaran yang berkaitan dengan atau yang berbangkit daripada perjalanan tujuan dan fungsi Persatuan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen(10).

(15) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (12),(13) dan (14) boleh memberikan hak kepada Persatuan atau MPP atau mana-mana ahli atau pemegang jawatannya untuk menggunakan kumpulan wang Persatuan,sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk memajukan tujuan sesuatu parti politik atau badan kesatuan sekerja atau pertubuhan yang dengannya Persatuan tidak bergabung.

(16) Bendahari hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya mengenai pendapatan dan perbelanjaan kumpulan wang Persatuan dan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tiap-tiap tahun kewangan sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan Persatuan, suatu salinan akaun tersebut yang diaudit oleh orang yang dilantik oleh Lembaga hendaklah dikemukakan oleh MPP kepada Lembaga untuk diluluskan.

(17) MPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan adalah menjadi kewajipan Setiausaha untuk menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat MPP dan minit itu hendaklah disahkan dalam mesyuarat yang berikutnya.

(18.) Bagi maksud seksyen ini,”pelajar berdaftar” ertinya seseorang pelajar yang sedang mengikuti suatu kursus pengajian di Universiti untuk mendapatkan suatu ijazah atau diploma,yang bukan suatu diploma lepas ijazah, dan termasuklah seorang pelajar yang memegang suatu diploma dan sedang mengikuti suatu kursus pengajian untuk mendapatkan suatu ijazah:

Dengan syarat bahawa seseorang pelajar adalah terhenti menjadi seorang pelajar berdaftar mengikut pengertian subseksyen ini -

(a) apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau

(b) apabila disiarkan keputusan mana-mana peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehinggalah dia selepas itu, didaftarkan sekali lagi bagi kursus pengajian itu atau bagi suatu kursus pengajian lain yang sesuai bagi seorang pelajar berdaftar di bawah subseksyen ini.

0 comments: