Wednesday, January 28, 2009

Kem Bina Negara MPP IPTA

BTN MPP IPTA fasa I

14 dis 2008 - Kementerian pengajian tinggi dengan kerjasama biro tatanegara kem ulu kenas ( KBM ULU KENAS )  perak telah mengadakan kem bina negara mahasiswa asas bagi majlis perwakilan pelajar IPTA sesi 2008/2009. kem BTN fasa 1 dijalankan bagi mpp ipta yang telah mengadakan pilihanraya iaitu UTeM,UPSI,UNIMAS,UMS,UUM,UMK dan UMT. Ia diadakan bertujuan bagi meningkatkan daya kepimpinan mpp-mpp baru dan memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai perwakilan mahasiswa di universiti masing-masing..program ini telah berjalan selama 5 hari iaitu bermula 14-18 Disember 2008. pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti perbahasan bagi menonjolkan bakat kepimpinan, ceramah isu-isu semasa mahasiswa dan aktiviti-aktiviti luar. disampingi itu juga, peserta juga diberi pendedahan dan pengalaman membuat rakit dan berakit sejauh 30 km di sungai perak. pelbagai  cabaran telah dihadapi seperti rakit pecah, hujan lebat dan arus  yang laju, tetapi semua ini tidak mematahkan semangat pemimpin-pemimpin mahasiswa kerana mereka tahu yang cabaran memperjuangkan kebajikan mahasiswa adalah lebih mencabar. program ini telah berlangsung dengan jayanya dalam meningkatkan daya kepimpinan pemimpin-pemimpin mahasiswa. diharap, program-program seumpama ini dapat dijalankan di setiap universiti dalam melahirkan pelapis-pelapis kepimpinan mahasiswa yang lebih mantap.

1 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.