Wednesday, January 28, 2009

CALON UMUM MPP UTeM 08/09


perjuangan Bermula!!!


LATAR BELAKANG CALON UMUM


Nik Mohd Afiq B nik Mohd Arif, 20 tahun, merupakan pelajar tahun dua Fakulti kejuruteraan Mekanikal, kursus struktur & bahan di universiti teknikal malaysia melaka (UTeM). Beliau lebih dikenali oleh sebilangan pelajar berdasarkan latar belakang pengalaman kepimpinan yang luas dan mantap dalam penglibatan-penglibatan organisasi2 di sekolah, matrikulasi dan Universiti. beliau menimba pengalaman kepimpinan bermula dari peringkat sekolah lagi dimana pernah memengang jawatan ketua kelas, pengawas perpustakaan, pengawas sekolah, penglibatan dalam kadet polis dan kadet bomba. bermula dari situ, bakat kepimpinan beliau di"expand"kn lagi dengan penglibatan dalam kepimpinan di matrikulasi iaitu memengang jawatan YDP JPP matrikulasi. disamping itu juga beliau juga terlibat dalam persatuan2 di matrikulasi seperti, persatuan pusat islam, kelab fizik. bakat kepimpinan beliau juga telah dikukuhkn lg dengan penglibatan dalam persatuan2 di Universiti iaitu persatuan silat cekak ustaz hanafi, persatuan badan dakwah dan rohani,saketariat mpp dan byk lg.

Beliau telah mengambil keputusan untuk melangkah lebih jauh dengan memilih untuk menjadi calon umum didalam pilihanraya MPP UTeM bagi sesi 2008/09 dalam merebut kerusi jawatan Majlis Tertinggi .Beliau mengharapkan agar berjaya menjadi MPP untuk mewakili pelajar didalam memperjuangkn hak2 kebajikan mahasiswa, masalah-masalah terkini semua pelajar UTeM dan cuba untuk membuat perubahan dalam pelbagai aspek untuk kebaikan semua pelajar disamping ingin mengutuhkan kembali reputasi MPP UTeM yang selama ini banyak diragui dan diperkatakan oleh pelajar UTeM sendiri.

Didalam manifesto-manifesto yang akan diperjuangkan, beliau lebih berpendirian untuk mengorak langkah mengikut keupayaan diri sendiri tanpa perlu memberikan janji-janji manis semata-mata yang hanya diadakan semata-mata untuk meraih undi para pelajar. Disebabkan beliau mempunyai latarbelakang didalam kepimpinan yang luas dan baik, beliau lebih memahami situasi dalam hal2 kebajikan mahasiswa yang mana dasar-dasar kebajikan pelajar yang setiasa didamba agar kebajikan mereka dijaga.

Nik Mohd Afiq dilihat akan menggunakan aset beliau didalam latar belakang kepimpinan yang beliau pelajari di sekolah, matrikulasi dan universiti yang boleh dibanggakan untuk meraih undi. Kredibiliti beliau tidak boleh disangkal lagi dan karisma dan gaya bersahaja beliau amat dilihat sebagai bakal menjadi satu pembaharuan yang unik didalam memartabatkan kembali MPP UTeM dalam memberikan era kepimpinan yang baru untuk semua pelajar UTeM.



"PERJUANGAN KEBAJIKAN MAHASISWA ADALAH PIORITI UTAMA "

"MENERAJUI KEBAJIKAN MAHASISWA "

"MAJULAH MAHASISWA UNTUK UTeM "


0 comments: