Thursday, February 19, 2009

Konvensyen Kejuruteraan dan Kepimpinan Zon Utara

6 Feb 2009 – Universiti Sains Malaysia ( USM ) dengan kerjasama Kementerian pengajian Tinggi (KPT) telah menganjurkan Kovensyen Kejuruteraan dan Kepimpinan Peringkat Zon Selatan yang bertemakan “Kejuruteraan Memacu Kemajuan Negara” . Sebanyak 9 buah Universiti dan politeknik telah menyertai konvensyen tersebut iaitu UTeM,USM,UniMAP,UTP,UiTM,UMP,UniKL dan PSP . Ia berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 6 sehingga 8 Februari 2009 bertempat di Safira Country Resort, pulang Pinang. Konvensyen ini diadakan bermatlamat untuk membincang dan mengupas isu-isu kritikal dalam dunia kejuruteraan. Ia juga bertujuan menghimpunkan mahasiswa kejuruteraan untuk bersama-sama berbincang mengenai peranan dan masa depan bidang kejuruteraan. Perbincangan dan pembentangan resolusi juga telah diadakan yang memfokuskan kepada inovasi,kelestaria,ekonomi dan pendidikan bagi memajukan bidang kejuruteraan negara. Resolusi telah di serahkan oleh wakil peserta kepada Timbalan Naib Canselor bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar ( HEPP ) USM untuk diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi . Konvensyen tersebut berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan secara proaktif oleh peserta-peserta. Perasmian penutup telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Prof Omar Osman, Timbalan Naib Canselor HEPP USM. 

0 comments: