Thursday, May 21, 2009

Kovensyen Kebangsaan MPP IPTA 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPTA KALI KE-3 2009

Batu Pahat,20 Mei 09- Konvensyen kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA kali ke-3 tahun 2009 telah berlangsung bermula pada 15 hingga 19 Mei 2009 bertempat di Universiti Tun Hussein onn ( UTHM ). sebanyak 20 IPTA dan 3 IPTS ( Unisel,Unitar,Uniten )  telah terlibat yang menghimpunkan semua MPP IPTA seluruh Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi dialog bersama Timbalan Menteri pengajian Tinggi iaitu Datuk Saifuddin Abdullah yang telah berlangsung selama 4 jam dan sebanyak 29 soalan telah ditanya oleh peserta konvensyen kepada timb.menteri KPT.ini bersesuaian dengan dasar yang diperkenalkan oleh timb.menteri KPT iaitu 3M ( menyelami minda muda ) bagi mendekati dan memahami kehidupan mahasiswa di universiti. Terdapat kelainan pengisian konvensyen MPP pada tahun ini iaitu perbentangan kertas kerja yang telah dibuat dan dibentangkan oleh wakil  MPP USM,UDM,UMS ( bidang akademik ) UiTM,UMP,UTM ( bidang kepimpinan ) UPM,USIM,UTHM ( bidang pembangunan sahsiah ) dan UMK,UUM,UKM ( bidang ekonomi & keusahawanan ) serta BaktiSiswa yang telah dijalankan di sekolah-sekolah dan kampung-kampung sekitar batu pahat. selain itu juga diadakan forum yang membincangkan mengenai isu-isu semasa mahasiswa.kemuncak konvensyen ini adalah perbicangan,pembentangan dan penyerahan resolusi yang menyentuh mengenai isu-isu penting mahasiswa kepada wakil KPT. secara keseluruhannya, konvensyen MPP IPTA kali ke-3 2009 ini telah membuka ruang dan peluang kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa dari seluruh IPTA dalam membincangkan dan menyelesaikan isu-isu semasa kampus dan mahasiswa bagi  meningkatkan taraf & martabat universiti dan mahasiswa IPT malaysia ke persada dunia.

2 comments:

Unknown said...

nik, mpp unimap ade pi ka? kuikuikui

MPP UTeM said...

salam..
to elnie :
mpp unimap juga terlibat..smua mpp ipta terlibat..